SESI PENYERAHAN PERALATAN JAHITAN KEPADA PESERTA KURSUS LANJUTAN JAHITAN PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) KETENGAH TAHUN 2024 (FASA 2)

10 Dec, 2024 Usahawan 0 Comments
SESI PENYERAHAN PERALATAN JAHITAN KEPADA PESERTA KURSUS LANJUTAN JAHITAN PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) KETENGAH TAHUN 2024 (FASA 2)

KETENGAH telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi pelaksanaan Program Suri Impian (SURIA) Wilayah KETENGAH Tahun 2024. Program SURIA ini bertujuan untuk menambah pendapatan dan meningkatkan taraf hidup keluarga melalui kemahiran jahitan.

Bagi memastikan objektif pelaksanaan program ini tercapai, sesi penyerahan peralatan jahitan kepada peserta SURIA (Fasa 2) telah diadakan dan dibuat penyerahan oleh Puan Normaizatul Nabihah binti Zakari, Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial bertempat di Dewan Orang Ramai, Bandar Ketengah Jaya.

KETENGAH berharap agar para peserta dapat menggunakan bantuan peralatan yang disediakan dengan sebaik-baiknya dan dapat membantu meningkatkan pendapatan para peserta semaksima mungkin. InsyaAllah.