SESI BUSINESS MATCHING (FOUNDER DAN DROPSHIP/EJEN KETENGAH)

18 Feb, 2025 Usahawan 0 Comments
SESI BUSINESS MATCHING (FOUNDER DAN DROPSHIP/EJEN KETENGAH)

KETENGAH sentiasa berusaha untuk memberi sokongan kepada usahawan di setiap peringkat. Sesi Business Matching pada hari ini yang dikendalikan oleh pihak INSKEN adalah salah satu usaha untuk memperkasa komuniti usahawan dengan memberi akses kepada peluang baru.

INSKEN merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.

Sesi Business Matching ini merupakan pendekatan berkesan menemukan Founder dan Dropship/Ejen yang membawa potensi besar untuk berkembang dan berjaya bersama.

Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pendapatan kepada komuniti KETENGAH dengan membuka lebih banyak saluran pendapatan melalui Dropship/Ejen.

Turut hadir ke program tersebut ialah Encik Zainudin bin Hj Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan serta Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial.

Program ini telah berlangsung bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.