Seminar Dropship and Agent dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
14 Dec, 2024 Usahawan 0 Comments
Telah berlangsung Seminar Dropship and Agent dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di bawah Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH Tahun 2024 di Raia Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu selama 2 hari 1 malam.
Seminar tersebut melibatkan seramai 69 org peserta merangkumi 3 daerah dalam wilayah KETENGAH. Perkongsian seminar telah diberikan oleh tenaga pengajar INSKEN, Encik Mohd Fuad bin Roslizan (Coach Fuad). Para peserta telah didedahkan dengan kaedah dan strategi pemasaran bisnes secara dalam talian dan juga penggunaan medium artifial intelligent (AI) dalam perniagaan.
Majlis perasmian penutupan seminar tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Radzi bin Md Noor, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan, KETENGAH mewakili YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar, KETENGAH. Turut hadir Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, KETENGAH.
Objektif pelaksanaan seminar bertujuan untuk membantu dan menggalakkan masyarakat dalam wilayah KETENGAH khususnya belia dan beliawanis yang tidak mempunyai pekerjaan bagi menceburi bidang keusahawanan yang berkonsepkan dropship & agent. Didoakan semoga pelaksanaan seminar tersebut mampu memberi pendedahan dan percambahan ilmu dalam melebarkan manfaat kepada masyarakat.