Program Ramah Mesra dan Iftar Ramadan Bersama Usahawan Bimbingan KETENGAH
26 Mar, 2025 Usahawan 0 Comments
Program Ramah Mesra dan Iftar Ramadan Bersama Usahawan Bimbingan KETENGAH telah diadakan di Pavillion Usahawan, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
Program dimulakan dengan sesi gotong royong penyediaan juadah berbuka puasa, tahlil ringkas, iftar serta solat maghrib berjemaah.
Program ini telah dihadiri oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, barisan pengurusan, pegawai dan kakitangan serta usahawan ini bertujuan bagi mengeratkan silaturahim antara pihak KETENGAH dan usahawan.
Semoga ukhuwah dan silaturahim di antara pihak KETENGAH dan usahawan bimbingan terus dipereratkan dari masa ke masa.