YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH singgah sebentar di Program BASKET MADANI KETENGAH Siri III yang berlangsung di DOME, Bandar Al Muktafi Billah Shah.
Pengurus Besar amat berpuas hati dengan sambutan yang baik daripada penduduk sekitar. Beliau turut beramah mesra dengan pelanggan dan peniaga yang bertandang.
Program Jualan Rahmah turut diadakan dengan kerjasama KPDN Daerah Dungun. KETENGAH juga mengadakan Hari Bertemu Pelanggan ditempat yang sama.