PENYERAHAN PERALATAN PENYEDIAAN MAKANAN KEPADA PESERTA KURSUS KEK DAN PASTRY EXPERT PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) KETENGAH TAHUN 2025 (FASA 1)

17 Apr, 2025 Usahawan 0 Comments
PENYERAHAN PERALATAN PENYEDIAAN MAKANAN KEPADA PESERTA KURSUS KEK DAN PASTRY EXPERT PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) KETENGAH TAHUN 2025 (FASA 1)

KETENGAH telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi pelaksanaan Program Suri Impian (SURIA) Wilayah KETENGAH Tahun 2025.

Program SURIA ini dilaksanakan bertujuan menyediakan latihan kemahiran dan bantuan peralatan untuk menambah pendapatan ibu tunggal dan suri rumah disamping dapat meningkatkan taraf hidup keluarga. Pada tahun ini latihan kemahiran yang difokuskan adalah pembuatan kek dan pastri.

Bagi memastikan objektif pelaksanaan program ini tercapai, sesi penyerahan peralatan kepada peserta SURIA Tahun 2025 (Fasa 1) telah diadakan dan dibuat penyerahan oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), diiringi oleh Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial. Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai, Bandar Ketengah Jaya.

KETENGAH berharap agar latihan ini dan bantuan peralatan yang diberikan dapat membantu para suri rumah menambahkan pendapatan dan membantu meningkatkan taraf hidup keluarga seterusnya menjadi usahawan yang berjaya.