Pelancaran dan Sesi Taklimat Program Tuisyen Intelek Muda (ILMU) Wilayah KETENGAH Tahun 2025
17 Apr, 2025 Usahawan 0 Comments
16 buah sekolah menengah kebangsaan dalam wilayah KETENGAH telah dijemput untuk sesi Pelancaran dan Taklimat Program Tuisyen Intelek Muda (ILMU) Wilayah KETENGAH Tahun 2025. Program tersebut melibatkan pengetua-pengetua, guru-guru penyelaras SPM dan STPM dan Yang Dipertua PIBG sekolah dalam wilayah KETENGAH bagi daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.
Pelancaran program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH yang mewakili YM Dato’ Pengurus Besar KETENGAH.
Gimik penyerahan peruntukan melalui penyampaian “Mock up Cheque” kepada Kolej Ketengah Sdn. Bhd., wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH disaksikan bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Encik Zulkafli bin Jusoh. Jumlah peruntukan keseluruhan bagi pelaksanaan Program ILMU ini adalah sebanyak RM279,800.00.
Objektif pelaksanaan program bertujuan untuk mewujudkan sumber sokongan dalam bentuk pendidikan kepada pelajar-pelajar dalam wilayah KETENGAH. Pelaksanaan program telah dibahagikan kepada dua komponen iaitu Tuisyen Pemerkasaan Subjek Penting bagi Pelajar SPM dan STPM dan Program Motivasi.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM nanti.