LAWATAN PENGOPERASIAN PREMIS USAHAWAN DI LEMBAH MAKANAN KETENGAH, BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH
18 Feb, 2025 Usahawan 0 Comments
Melalui pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan, KETENGAH telah mengambil inisiatif untuk menaiktaraf premis usahawan sebagaimana spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan pensijilan dan dalam masa yang sama sebagai salah satu daripada usaha KETENGAH dalam mewujudkan Halal Hub Wilayah KETENGAH.
Satu lawatan oleh pengurusan KETENGAH yang diketuai oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar telah diadakan bagi memantau premis usahawan tersebut yang telahpun memulakan pengoperasian pada Januari 2025.
Lawatan tersebut melibatkan 4 premis iaitu Premis Produk Ternakan Ayam Kampung, Premis Rempah Ikan Bakar, Premis Ketupat Palas Sejuk Beku dan Pusat Jahitan Kreatif Bandar AMBS. Pelepasan benih ikan tilapia di kolam biofloc turut diadakan.
KETENGAH berharap setiap usaha yang dilaksanakan dalam mewujudkan Halal Hub Wilayah KETENGAH dapat membuahkan hasil yang dapat memberi keuntungan dan manfaat kepada usahawan dan penduduk setempat.