Kursus Pembuatan Roti Canai dan Murtabak kepada usahawan Wilayah KETENGAH telah diadakan bertempat di KB003, Pavilion Usahawan KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu melibatkan seramai 7 orang usahawan.
Majlis penutupan kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Radzi bin Mohd Noor, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan diiringi Encik Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan. Pihak KETENGAH juga merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Ramlan bin Saimin, Roti Canai House Encik DJ yang telah memberikan kerjasama dalam penganjuran kursus ini.
Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memajukan diri dan keluarga masing-masing.