KURSUS PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEK DAN PASTRI EXPERT DI BAWAH PROGRAM SURI IMPIAN (SURIA) TAHUN 2025
24 Jan, 2025 Usahawan 0 Comments
Kursus Pembangunan Kemahiran Kek dan Pastri Expert telah bermula pada 20 Januari 2025 bertempat di Kolej Inforana, Kuala Nerus, Terengganu. Kursus ini diadakan selama 5 hari 4 malam dan berakhir pada 24 Januari 2025.
Kursus ini melibatkan seramai 20 orang suri rumah dan ibu tunggal Wilayah KETENGAH . Peserta yang hadir telah diajar pelbagai resipi kek dan pastri yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan mereka.
Majlis Perasmian Penutupan ini telah dibuat pada 23 Januari 2025 dan disempurnakan oleh Encik Hasri bin Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia mewakili Pengurus Besar KETENGAH. Turut hadir sama Tuan Haji Razmi bin Abd Rahman, Pengarah Eksekutif Kolej Inforana.
Semoga kursus ini dapat membantu dan memberi panduan yang betul kepada peserta dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi seorang tenaga kerja mahir dan juga usahawan yang berjaya selepas ini. Harapan juga semoga peserta boleh mempraktikkan apa yang telah dipelajari. InsyaAllah