Kursus Expanding Business Through Dropship and Agent
26 Jan, 2025 Usahawan 0 Comments
Kursus Expanding Business Through Dropship and Agent di bawah KETENGAH Nexus Entrepreneur Programme (KNEP) telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Kursus ini melibatkan seramai 30 orang usahawan dan merupakan modul kedua di bawah KNEP.
Objektif utama dalam pelaksanaan kursus ini ialah untuk memberi ilmu pengetahuan yang lebih terperinci kepada usahawan berkaitan model perniagaan melibatkan dropship dan ejen. Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Ekonomi dan Usahawan.
KETENGAH akan terus berusaha dalam menyediakan pelbagai platform sokongan untuk membantu usahawan serta akan turut sama memperkasa ekosistem perniagaan dengan menawarkan pelbagai insentif dan peluang dalam membantu usahawan mengembangkan perniagaan.