BASKET Madani KETENGAH Siri 2 Tahun 2025

27 Feb, 2025 Usahawan 0 Comments
BASKET Madani KETENGAH Siri 2 Tahun 2025

BASKET Madani KETENGAH Siri 2 Tahun 2025 mendapat sambutan yang meriah dari penduduk. Memandangkan bulan Ramadan yang akan tiba, penduduk mengambil kesempatan berbelanja kerana harga yang ditawarkan amat murah berbanding harga semasa. Perbandingan harga jualan yang ditawarkan sehingga 30 peratus. 

Program ini telah mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH hadir meninjau program berkenaan. Hadir sama Pengurusan KETENGAH.

KETENGAH berharap dengan adanya program sebegini dapat meringankan kos sara hidup rakyat dan telah memberi manfaat kepada usahawan bimbingan KETENGAH memajukan perniagaan mereka.
Program yang dianjurkan di Pusat Niaga Bukit Besi bersebelahan dengan UiTM Kampus Bukit Besi ini akan berakhir pada 28 Februari 2025 (Jumaat). Jangan lepaskan peluang berbelanja dengan harga yang lebih murah.